Halaman

Isnin, 23 April 2012

Shimano Scorpion DC In My Review..


A'kum..
Setelah hampir setahun aku guna Scorpion DC ni..aku nak buat pandangan peribadi tentang mesin low profile keluaran Shimano..tarikh keluaran Scorpion DC ni aku tak ingat,tapi rasanya akhir tahun 2010..

Seingat aku,mesin ni harganya tak tetap bila sampai dekat malaysia..sesetengah kedai ada harga letak sampai RM 1200..aku beli masa harga tengah tak betul,900 lebih kot..sekarang ni kebanyakkan kedai letak harga RM1000-850..(nyesal beli awal2..haishh)
pandangan dari kebanyakkan caster2 dekat malaysia ni ada cakap 50% negatif dan 50% positif..biasa la kan?pandangan masing2..



Ni la DC paling murah kalau korang nak merasa pakai Shimano DC(digital control)..
masa mula2 pakai dulu aku masukkan braided toray 15lb dalam 130yrds..setkan DC control I.P(untuk braided),tension knob di longgarkan habis habisan..zingggggg(mulutku berbunyi sendiri)...kenapa tak ada sound DC?????pelik ni..lepas tu dia punya jarak balingan memang tak jauh(bawah 10grm memang sedih)..frust gila rasa..dengan promax tak boleh beat sampai la sekarang..:(

Cek dalam internet memang tak ada sound DC,dan jarak balingan agak kurang..lepas tu braided toray slalu je putus2..bertukar kepada varivas avani 35lb 200mtr(agak langsi di situ)..penuh 1 spool,tapi tak sampai 100mtr pun isi dah penuh spool..cuba casting
pakai softplastic je..zuuppppppp!!jauh gila untuk softplastic pergi jarak tu..biar betul!!try tukar topwater 7grm,baru la nampak jarak yang memuaskan bagi Scorpion DC ni..



Bila di fikirkan balik,kenapa lepas tukar tali boleh baling jarak yang memuaskan?dulu tali toray 15lb memang tak penuh 1 spool..penuh je 1 spool boleh pergi jauh lak..hurmmmm..mungkin DC yang terbaru ni bergantung kepada berat spool bila di isi tali,atau mungkin juga sebab lain..aku tak tahu..hahahaha..

Scorpion DC ni ada dua je ratio..6.3:1 dan 7.0:1..untuk Scorpion DC7 handle dia warna hitam,Scorpion DC handle warna steel..aku syorkan untuk beli satu mesin ni bagi peminat Shimano sebab SUSAH NAK BIRDNEST..boleh lanyak air masin,cuma nak servis je rasa malas sebab dia pakai skru..haishhh..



Drag cukup smooth dan standard power untuk Scorpion DC ni..4.5kg maybe up ke 5kg..
selama setahun aku bela Jengking Silver ni,dah banyak makan jasa..cuma yang ikan betul2 kasar saja tak pernah dapat lagi..hurmm..


haruan sekilo ditarik bersama samai..drag 70% anggaran..tak keluar drag langsung..


anak toman tak sampai sekilo..tapi kuat melawan..drag still tidak di uji lagi..tak tau bila Scorpion DC ni boleh di uji betul2..

*aku ada perasan spool special untuk Scorpion DC ni..spool warna hitam..
apa kelebihan spool tu pun aku tak tahu..:(