Halaman

Jumaat, 30 Januari 2009

“Saving our rivers, Saving our fishes”

Nota: Beberapa peraturan ini telah dipetik dari peraturan memancing International Game Fish Association (IGFA), sebuah badan yang merangkumi pemancing seluruh dunia. Objektif umum adalah untuk menggalakkan kaedah memancing yang beretika dan juga piawaian bagi pertandingan memancing serta rekod pancingan.

A. PERALATAN MEMANCING

a. TALI PANCING

  • Tali yang digunakan untuk memancing sesuatu spesis ikan perlu tak terlalu kasar, namun tak teralu halus. Dengan ini, ikan tidak lah boleh memutuskan tali dengan senang dan terseksa dengan mata kail dimulutnya.
  • Tali mesin kekili (main line): Tali tangsi (nylon) atau tali sulam (braided) boleh digunakan. Tali dawai tidak boleh digunakan.
  • Tali tambahan gelung kekili (line backing): Jika tali tambahan disambung kepada tali mesin kekili, ia tidak boleh melebihi 130 paun (60 kg.). Tankapan ikan akan diiktiraf dibawah tali yang lebih berat.
  • Tali pendua (Double line): Jika tali pendua digunakan, maka ia perlu dibuat dari tali mesin kelili. Panjang maksima adalah seperti berikut:
    • Perairan air masin, tali sehingga 20 paun (10 kg): 15 kaki (4.57 m.)
    • Perairan air masin, tali lebih dari 20 paun hingga 130 paun: 30 kaki (9.14 m.)
    • Air tawar, semua saiz tali: 6 kaki (1.82 m.)
  • Tali perambut (Leader): Jika menggunkan tali perambut, anda perlu mematuhi spesifikasi berikut:
    • Perambut harus disambung ke tali mesin melalui kekili, sambungan (knot) atau sebagainya.
      Tiada peraturan mengenai saiz atau jenis bahan perambut.
    • Panjang maksima perambut adalah seperti berikut:
      • Air masin, perambut sehingga 20 lb (10 kg): 15 kaki (4.57 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebehi 20 kaki (6.1 m.)
      • Air masin, perambut lebih 20 lb sehingga 130 lb (60 kg): 30 kaki (9.14 m.). Jumlah perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 40 kaki (12.19 m)
      • Air tawar, semua saiz tali perambut: 6 kaki (1.82 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 10 feet (3.04 m.)


b. MATA KAIL

  • Untuk umpan ikan hidup mati: Tidak lebih dari dua mata kail perlu gunakan. Kedua-dua mata kail perlu dibenamkan kedalam umpan. Tidak diibenarkan mata kail yang tergantung bebas. Mata dua atau mata tiga tidak dibenarkan.
  • Ikatan dua mata kail bagi pancingan dasar hanya dibenarkan jika menggunakan dua perambut berasingan dan juga jika tidak menggunakan mata dua atau mata tiga. Setiap mata kail mestilah dibenamkan kedalam umpan masing-masing. Jarak antara mata kail mestilah agak jauh, supaya jika seekor ikan telah memakan umpan, mata kail yang kedua tidak mencucuk badan nya (foul hook).
  • Mata kail untuk gewang: Bila menggunakan gewang yang ada “skirt” atau bahan yang bertali darinya, tidal lebih dari dua mata kail dibenarkan disambung kepada tali pperambut.. Mata kail kedua tidak boleh jauh kebelakang bahan yang bertali (skirt) itu.
  • Mata pendua atau mata tiga dibenarkan baggi gewang lain.
  • Gunakan mata kail yang tidak bertaji jika boleh. Keberkesanan mata kail ini sama dengan mata kail biasa. Kadangkala, ia lebih berkesan! Jika berlaku kemalangan kepada ikan atau pun pemancing, ia jauh lebih senang dilucutkan!

c. MESIN KEILI

  • Mesin kekili mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memacing.
  • Mesin kekili yang menggunakan kuasa elektrik atau sebagainya, tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan bagi pertandingan memancing.
  • Mesin kekili yang menggunakan alat “ratchet” juga tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan dalam pertandingan memancing.

d. JORAN

  • Joran mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memancing.
  • Penghujung joran (dari tapak mesin kekili hingga ke hujung atas joran) perlulah sekurang-kurangnya 40 inci (101.6 sm) Pangkal joran (dari tapak mesin kekili hingga hujung bawah joran) tidak boleh lebih dari 27 inci (68.58 sm).
  • Ukuran-ukuran diatas tidak digunakan bagi bidang memancing pantai, “coarse fishing” atau “pole fishing”The above measurements do not apply to surfcasting, coarse fishing and pole fishing rods.

B. ETIKA MEMANCING

a. KAWASAN PERIBADI PEMANCING

Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ kedalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan lojik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.


b. BERSOPAN SANTUN

  • Bersopan santun lah terhadap pemancing lain. Minta izin jika anda hendak memancing berdekatan dengan mereka.
  • Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.
  • Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh dsb.
  • Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tiidak mengacau mereka. Cuba mengelakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.

c. KESELAMATAN

  • Sentasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.
  • Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail diatas tanah atau lantai bot.
  • Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada didalam bot atau dalam air.
  • Buta tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelejahi. Ingat : sesal kemudian tiada gunanya!

C. PEMULIHARAAN IKAN (FISH CONSERVATION)

Jumlah ikan di Malaysia sekarang amatlah berkurangan. Berbagai cabaran seperti pencemaran, kemusnahan habitat serta aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal, telah menjejaskan stok ikan kita. Kita sebagai pemancing yang berwibawa perlulah membantu menyelamatkan ikan yang tersayang dari kepupusan. Setiap tinkan positif anda akan membantu bagi matlamat ini.

a. IKAN TERANCAM (ENDANGERED FISHES)

Sesetengah sepsis ikan kita adalah terancam atau pun hamper pupus. Jika anda tangkap spesis-spesis ini, maka diharap anda dapat melepaskanya semula kedalam air dengan selamat. Beberapa spesis ikan yang terancam atau hampir pupus disenaraikan dibawah:

  • Ikan terancam: Kelesa, temoleh, toman bunga (jaloi, jalai, kerandang), jengkua, kelah (kecuali diperairan Taman Negara), jelawat sungai, patin sungai seperti patin muncung, kenderap, gerahak, sikang.
  • Endangered Saltwater Fishes: Semua ikan berparuh (billfishes) seperti ikan layar (sailfish) and mersuji (marlin), jerung besar, kerapu bara (coral trout).

HAD TANGKAPAN (CATCH LIMITS)

Ada banyak spesis ikan yang, walaupun tidak terancam, masih memerlukan pertolongan kita agar ia dapat dipuliharakan. Anda perlulah mematuhi beberapa had tangkapan bagi ikan-ikan ini. Had tangkapan ikan pastinya berbeza, dari satu perairan ke perairan yang lain. Disini, kami ingin mengesyorkan had-had umum bagi semua perairan air tawar di Negara kita, seperti dibawah. Sila cuba mematuhi had-had ini, kecuali ada had tangkapan yang spesifik bagi perairan yang anda lawati.

Secara umum, anda perlu melepaskan ikan yang terlalu kecil, untuk memberi ia peluang untuk membesar, dan juga melepaskan ikan yang besar, supaya ia dapat membiak. Ynag boleh diambil hanyalah yang sederhana sahaja.

HAD TANGKAPAN UMUM BAGI PERAIRAN MALAYSIA

Spesis Ikan (air tawar)

Had saiz (kg.)

Had Tangkapan

Minimum

Maksimum

1

Haruan

0.7

1.5

2 ekor sehari

2

Bujuk

0.7

1.2

2 ekor sehari

3

Toman bunga

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

4

Wild jelawat

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

5

Wild patin

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

6

Kalui

1.5

2.5

1 ekor sehari

7

Temoleh

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

8

Kelah (bagi sungai-sungai Taman Negara sahaja.

Bagi sungai lain, sila lepaskan kelah.

1.5

2.0

1 ekor bagi kumpulan

anda, satu trip

9

Kelesa

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

10

Tapah

10.0

15.0

1 per group per trip

11

Toman

1.5

3.0

1 ekor sehari

12

Belida

2.0

3.0

1 ekor sehari

13

Lampam sungai

-

-

5 ekor sehari

14

Kerai

1.0

2.0

1 ekor sehari

15

Baung

0.6

1.5

2 ekor sehari

16

Kelulang

0.6

1.5

1 ekor bagi trip anda

17

Gerahak

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

18

Jengkua

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

19

Tengas (kejor)

1.0

2.0

1 ekor sehari

20

Sikang

Lepaskan

Lepaskan

Lepaskan

21

Sebarau

1.0

2.0

1 ekor sehari

22

Tengalan

1.0

1.5

1 ekor sehari

Jika anda terpancing ikan yang anda tidak boleh kenalpasti, sila lepaskan, kecuali ia ikan pendatang. Lebih baik, ambil gambar ikan ini sebelum ia dilepaskan.


b. AMALKAN TABIAT ‘TANGKAP DAN LEPAS’ (CATCH AND RELEASE)

  • Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuh ikan.
  • Gunaka tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jarring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
  • Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lender ikan dikikiskan. Lendir ini adalah pertahanannya dari penyakit!
  • Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
  • Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya didalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
  • Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu diluar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
  • Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik kedalam air (kecuali anda memancing dikolam bayar).

c. PROGRAM TAGGING IKAN (FISH TAGGING PROGRAMS)

Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat sepsis ikan tertentu. Program taggin ikan layer dilaut, serta tagging ikan kelah diSungai Tahan adalah dua contoh program ini.

‘Tag’ adalah satu jarumplastik yang dimasukkan kebadan ikan, selalunya dibawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini dibadan ikan, sila ikuti prosidiur dibawah:

  • Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.
  • Rakamkan nombor tag, dan apa-apa keterangan yang adad pada tag itu.
  • Rakamkan yang berikut: berat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan. Lepaskan ikan, jika boleh.
  • Hubungi pihak yang berkenaan dan berikan keterangan diatas.


d. ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG

Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesis pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur. Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negative dari kehadiran spesis-spesis ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing, dan juga hasil kajian dinegara lain, spesis pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesis asli kita. Ada spesis pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesis ikan Malaysia, dan juga merosakkan habitat air. Kesannya adalah ikan-ikan yang terbantut saiznya, atau pun bilangan ikan yang berkurangan.

Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesis pendatang diperairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah (atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.

Ikan pendatang termasuk:

  • Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)
  • Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
  • Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Russia.
  • Lain-lain spesis: Pacu, lampam jawa, Ikan bandaraya

Nota: Sebenarnya, ikan tempatan pun boleh dianggap ikan pendatang jika ia dilepaskan ke perairan yang dahulunya tiada spesis ini. Contohnya, ikan toman merupakan ikan pendatang bagi perairan seperti Empangan Klang Gates dan Empangan Batu, Selangor. Ia telah membiak dengan cepat dan sekarang spesis ikan yang lain sudah mula berkurangan atau pupus sama sekali. Adalah wajar bagi toman disini dibunuh secara selektif.

D. PENJAGAAN ALAM SEKITAR

a. KEBERSIHAN

  • Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing. Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
  • Bila memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
  • Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg pelastik dan batu-batu ladung kecil. Bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
  • Tin kosong serta beg pelastik yang tinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk.Bawanya pulang!

b. MENJAGA KUALITI PERAIRAN

  • Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
  • Kalau tiada bilek air untuk anda membuang air, jangan lakukannya didalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
  • Diperairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak “umpan saham”, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
  • Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat kedalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
  • Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.


c. MENJAGA PERSEKITARAN DAN TUMBUHAN

  • Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
  • Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapah khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan Lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
  • Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak kepokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
  • Ditapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. At campsites or along jungle trails, never leave cut saplings protruding from the ground. Ini ibarat perangkap samara yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ketanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
  • Leave nothing but footprints, and shoot only with cameras!

UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEBAGAI PEMANCING…

AMALKAN MEMANCING SECARA BERETIKA !

Tiada ulasan: