Halaman

Isnin, 23 April 2012

Shimano Scorpion DC In My Review..


A'kum..
Setelah hampir setahun aku guna Scorpion DC ni..aku nak buat pandangan peribadi tentang mesin low profile keluaran Shimano..tarikh keluaran Scorpion DC ni aku tak ingat,tapi rasanya akhir tahun 2010..

Seingat aku,mesin ni harganya tak tetap bila sampai dekat malaysia..sesetengah kedai ada harga letak sampai RM 1200..aku beli masa harga tengah tak betul,900 lebih kot..sekarang ni kebanyakkan kedai letak harga RM1000-850..(nyesal beli awal2..haishh)
pandangan dari kebanyakkan caster2 dekat malaysia ni ada cakap 50% negatif dan 50% positif..biasa la kan?pandangan masing2..



Ni la DC paling murah kalau korang nak merasa pakai Shimano DC(digital control)..
masa mula2 pakai dulu aku masukkan braided toray 15lb dalam 130yrds..setkan DC control I.P(untuk braided),tension knob di longgarkan habis habisan..zingggggg(mulutku berbunyi sendiri)...kenapa tak ada sound DC?????pelik ni..lepas tu dia punya jarak balingan memang tak jauh(bawah 10grm memang sedih)..frust gila rasa..dengan promax tak boleh beat sampai la sekarang..:(

Cek dalam internet memang tak ada sound DC,dan jarak balingan agak kurang..lepas tu braided toray slalu je putus2..bertukar kepada varivas avani 35lb 200mtr(agak langsi di situ)..penuh 1 spool,tapi tak sampai 100mtr pun isi dah penuh spool..cuba casting
pakai softplastic je..zuuppppppp!!jauh gila untuk softplastic pergi jarak tu..biar betul!!try tukar topwater 7grm,baru la nampak jarak yang memuaskan bagi Scorpion DC ni..



Bila di fikirkan balik,kenapa lepas tukar tali boleh baling jarak yang memuaskan?dulu tali toray 15lb memang tak penuh 1 spool..penuh je 1 spool boleh pergi jauh lak..hurmmmm..mungkin DC yang terbaru ni bergantung kepada berat spool bila di isi tali,atau mungkin juga sebab lain..aku tak tahu..hahahaha..

Scorpion DC ni ada dua je ratio..6.3:1 dan 7.0:1..untuk Scorpion DC7 handle dia warna hitam,Scorpion DC handle warna steel..aku syorkan untuk beli satu mesin ni bagi peminat Shimano sebab SUSAH NAK BIRDNEST..boleh lanyak air masin,cuma nak servis je rasa malas sebab dia pakai skru..haishhh..



Drag cukup smooth dan standard power untuk Scorpion DC ni..4.5kg maybe up ke 5kg..
selama setahun aku bela Jengking Silver ni,dah banyak makan jasa..cuma yang ikan betul2 kasar saja tak pernah dapat lagi..hurmm..


haruan sekilo ditarik bersama samai..drag 70% anggaran..tak keluar drag langsung..


anak toman tak sampai sekilo..tapi kuat melawan..drag still tidak di uji lagi..tak tau bila Scorpion DC ni boleh di uji betul2..

*aku ada perasan spool special untuk Scorpion DC ni..spool warna hitam..
apa kelebihan spool tu pun aku tak tahu..:(

Khamis, 19 April 2012

Haruan Ada Di Mana-Mana..

A'kum..
lama dah tak dapat haruan..kelmarin saja2 je casting sebab gian dan geram tengok tilapia banyak gila kat dalam saluran depan rumah akak aku..kat nilai..tak tau lak ada saiz kasar kat dalam saluran yang airnya tak lebih buku lali aku..hahaha..

kelmarin pergi rumah akak sebab nak jumpa mak aku..mak aku nak naik flight ari jumaat pagi dengan adik dia pergi buat umrah..sambil tunggu mak aku sampai tu aku casting la dulu dengan di temani abang aku..dia tak boleh mancing,so jadi photographer aku la jawabnya..:P


ni guna umpan fly..geram aku tengok tilapia macam beras banyak..
sayang sebab fly hook kasar sangat..


melompat2 haruan lepas hook up..ingatkan tilapia saiz bagak dah makan..:P


set yang dipakai..Shimano Metanium MG DC/Abu Garcia Hornet Stinger 8-16lb..
Hi-Seas Grand Slam 20lb/FluoroCarbon YGK Castman 20lb..


haruan ni selamat di CNR kan balik..

lepas ni nak cari spinning ultralight la pulak..
dah target fantasista deez 2-8lb..hornet stinger atau bass beat..
reel ultegra c3000(bleh aku wat main kat laut jugak..iyo dok?)

Rabu, 18 April 2012

Abu Garcia Morrum Limited Edition!!

A'kum..seperti yang di janjikan..
barang koleksi ni barang abang aku punya..dia gila produk pancing keluaran Abu Garcia je..hehe..jadi oleh sebab giler!! sangat2..dengan beraninya dia angkat ini barang..

Abu Garcia ni memang tidak asing lagi di kalangan kaki pancing..tambah2 Morrum,antara mesin round profile yang ada class tersendiri..Abu Garcia Morrum Limited Edition Custom ni hanya ada 65 sahaja di muka bumi..kanan dan kiri,merah dunhill dan biru langit..memang cantik,sayang nak guna..tak akan di jual dah sebab akan jadi harta pusaka..hehe..

spec benda ni sama je dengan Abu Garcia Morrum ultramag 1600sx & 1601sx(aku tak ngat..)
pakai magnetic brake,knob kayu bulat,custom warna,custom spool..tu je la kot yang aku tau(sebab aku minat shimano..:P)..


bungkusan asal dari kilang,55 of 65..


kotak kayu bertatahkan emblem Abu Garcia..


kanan dan kiri..merah dan biru..i likeeeee...


the red devil mounted on major craft sakura days..


and the skyblue mounted on major craft volkey..

well,mesin2 ni dah pernah turun padang pancing..hehe..test run orang kata..
memang smooth tak ngat la masa cast tu..steady je rasa..kalau ada rezeki,mana2 morrum yang special2 kami akan ambil kalau harga berpatutan..heee..walau pun barang koleksi,tapi niat beli untuk guna...morrum ae74 je tak merasa lagi..:(

ni antara reels kami..koleksi yang insyaallah tak akan jual lau tak terbuka niat di hati..


semua barang2 secondhand je..:)


kami bermula dengan abu garcia promax!!the legend..

From The Water...
Where Is Angler Begins..

Jumaat, 23 Mac 2012

A'kum..dah lama tak update blog..
letak la gambar2 layan ikan kat melaka & kelantan even tak banyak pun..


strike!!


10-16lb sakura days in action..


tak besar pun ikan..tapi syok!!

tu kat melaka..mak bapak tak nak naik lagi..main anak2 je dulu..hehe..
balik kelantan pun hujan je manjang..
nak komplot dengan sifu2 pun tak boleh..hasil pun tak seberapa..

this is it!!


best capture in my life!


pandangan lain..


1.8kg=4pounds


the best setup..

nanti post lain aku upload gambar setup2 mancing lak..insyaallah!