Halaman

Isnin, 6 Jun 2011

Fishing Trip & Holiday Trip..

Assalamualaikum W.B.T..dah lama aku tak update blog ni..huuu..
ni ada la sikit trip memancing sekali dengan bercuti aku dekat Pulau Perhentian pada 1 Jun 2011 hari tu,turun ikut pengkalan abe eil(Tok Bali)..huhu..memang best dapat pergi laut lepas,dah dekat 2 tahun xpergi laut..kita orang bertolak dari pukul 10 pagi(asalnya lepas subuh tu dah ada dekat jeti,abe daud & abe li datang lambat pulak..haha)..naik bot,terus pergi unjam laut..makan masa dalam 2jam lebih sebab unjam tak nampak sangat kerana air pasang besar..
Sampai je dekat unjam,terus tekong cakap mainkan apollo(7 eyes..hehe)..tapi aku tak main benda tu..aku pakai rod Daiwa Procaster 10-20lb & Shimano Ultegra 4000 je bertalikan PowerPro 20lb(keje giler),abang aku yang main apollo tu dapat anak kembung..masa tu aku dah ready dengan mata kail 1 bentuk,perambut 70lb dekat set pancing aku tu..aku terus sangkutkan anak ikan kembung & turunkan umpan dalam air laut yang biru tu..bila jejak je batu ladung dekat bawah permukaan laut,terus tekanan rod aku meliuk jadi bentuk 'U' dan reel aku pun berbunyi zreeeetttttt..hahaha..ada la dalam 15minit macam tu,tapi yang kecik hati masa aku tengah pam ikan,ikan tu besit lagi sekali tapi drag aku stabil dan tiba-tiba je aku rasa loya nak muntah sebab tali sulam aku meletup..adoiyaiiii..tekong cakap kemungkinan besar aruan tasik tak pun tenggiri(ada la dalam 10kg dia cakap)..
lepas tu kita orang pun main apollo & belitung saja..tapi ada jugak barang kilo kami naikan,bukan aku la..haha..layan je la gambar-gambar ni..:)


belitung tak naik..haha..ni abang aku,pakai set casting je(promax & ultracast)rod dia patah lepas tu sebab sangkut unjam..haha..padan muko mung mat min!!


dah nampak ikan tu..sayang rabut pulak last minit..haha..cian abg aku..:P


orang lain sibuk pakai umpan hidup main belitung,aku yang giler main casting..last2 aku sorang je la naik belitung dengan gewang..hahaha..


selamat naik..hehe..


amik gambar dulu..huuu..(yozuri tobimaru with belitung 1.5kg)


ni abe mat tengah layan ebek 9kg..


ikan dah nampak dalam air..


ebek 9kg..hahaha~~

penutup tirai trip ni kita orang pergi jalan2 keliling pulau & mandi manda..hahaha..nak upload ke tak,upload je la..


aku & john..


mandi dulu..

tu je la yang ada..dah malas nak upload banyak2..sehingga bertemu lagi..:)

2 ulasan:

Puaka Anglerz Tribe berkata...

best bro...

Tanpa Nama berkata...

xtau ble lak nk pegi..gian dh ni..hehe